Tuesday, April 4, 2017

RRtraveldiary: Tips dan Tempat Menarik di Langkawi

Assalamualaikum

We went to Langkawi last month for 4 days 3 nights. It was a week before school holiday break. Kitaorang memang selalu elak pergi holiday masa cuti sekolah. Well, you know the main reason, right? So here's my quick INFO about my trip there:
  • March, 2017
  • Traveling with a toddler and a baby
  • Bought MAS flight tickets for RM 475
  • Rental Car: RM280 (4 days)
  • Petrol: RM80  

DAY ONE

We arrived at Langkawi Airport at 11.30 a.m.
Bila dah dapat kereta sewa, kitaorang decide nak pergi makan di Restauran Kak Yan. Hanya 10 minit dari airport.


 

Seriously, rambang mata sebab macam-macam lauk ada. Ikan bakar pon ada. Total kitaorang makan kat sini dalam RM30. Sedap dan berbaloi. Tapi korang kena datang awal macam timing kitaorang. Sebab kalau datang lambat nanti ramai pulak orang.

Memandangkan cuaca terlalu panas dan RRjuniors dua-dua tertidur dalam kereta, kitaorang decide nak check in awal kat hotel. Jadi Hotel yang kitaorang pilih kat Langkawi adalah:

DESTINI AKIF VILLA, Pantai Chenang

Advantage:
  • Harga berpatutan. RM 160 termasuk breakfast
  • Strategic Location. Dekat dengan Underwater World, Pantai Chenang, dan beberapa tempat menarik seperti Makam Mahsuri, Chenang Mall
  • Hotel baru dibuka
  • Swimming Pool baru siap
  • Breakfast di bilik 
Disadvantage:
  • Bising sebab ada renovation bilik seberang blok
  • Tidak menyediakan toiletaries (tak kisah sebab kitaorang memang bawa toiletaries sendiri)
.





Dalam pukul 6, baru kitaorang keluar bilik sebab nak jalan-jalan area Pantai Chenang sambil tengok sunset

Cantik kan?

Lepas tengok sunset, kitaorang pergi Pasar Malam di area berhampiran dengan Pantai Chenang untuk makan malam.


Kalau korang nak pergi Pasar Malam pada hari dan tempat yang lain, boleh laa try. Jadual Pasar Malam Langkawi adalah seperti berikut: 

Isnin: Ulu Melaka
Selasa: Kedawang
Rabu & Sabtu: Kuah
Khamis: Chenang
Jumaat: Ayer Hangat

Beroperasi dari pukul 6-10 malam


DAY TWO

Kitaorang bangun awal pagi dan bersiap untuk keluar.
Pukul 8 pagi, ada orang akan hantar breakfast ke bilik.
Walaupun breakfast simple, tapi oklaa kan..


View from our balcony

Tepat pukul 10 pagi, kitaorang ke Underwater World Langkawi. Haruslaa pergi ke sini semata-mata untuk kids kaaaaannn~




Harga tiket Under Water World Langkawi:

Dewasa         : RM36
Kanak-kanak: RM26

Feeding time

Fur Seal                    : Pukul 2.30 petang
African Penguin       : Pukul 11 pagi dan 2.45 petang
Rockhopper Penguin: 11.15 pagi dan 3 petang



Memang seronok RRjunior(I) sebab first time dapat tengok penguin dan seal.
Pukul 11.40 pagi, kitorang settle kat sini dan terus balik hotel untuk check out.

Untuk makan tengah hari, kitaorang singgah kat sini:

Lokasi: Depan airport

Laksa Ikan Sekoq
RM5
Beautiful view sambil tengok kapal terbang
RRjunior (I) memang suka tengok aeroplane


Lepas Solat Jumaat, kitaorang pergi Langkawi Skycab Cable Car


 

 Kitorang beli tiket SkyCab yang paling murah:

Basic Combo: RM40 (Dewasa); RM 30 (Kanak-kanak)
termasuk Skycab, Skydome, Skyrex, dan 3D Art Langkawi

atau pun korang boleh try

Combo A: RM 55 (Dewasa); RM 45 (Kanak-kanak)
termasuk Skycab, Skydome, Skyrex, 3D Art Langkawi dan Time Travel

Combo B: RM 55 (Dewasa); RM 40 (Kanak-kanak)
termasuk Skycab, Skydome, Skyrex, 3D Art Langkawi dan 6D Cinemotion

Combo C: RM 70 (Dewasa); RM 50 (Kanak-kanak)
termasuk Skycab, Skydome, Skyrex, 3D Art Langkawi dan Duck Tour

Combo D: RM 100 (Dewasa); RM 80 (Kanak-kanak)
termasuk Skycab, Skydome, Skyrex, 3D Art Langkawi, Time Travel, 6D Cinemotion, dan Duck Tour

kena tambah additional RM50 kalau korang nak express lane

atau korang boleh try

Glass Bottom Cable Car
RM 105 (Dewasa); RM 105 (Kanak-kanak)
termasuk Skydome, Skyrex, 3D Art Langkawi dan Express Lane



Cantik view dari dalam cable car

Mula-mula, cable car akan stop dekat Sky Dome

Sky Dome
Tetiba ada retis Star Wars


Lepas tu boleh naik cable car balik untuk ke Sky Bridge. Apabila sampai kat puncak, kitaorang beli tiket extra kat kaunter untuk guna Sky glide ke Sky Bridge sebab kitaorang bawa stroller. Plus, takot kids penat. Bukan sebab kitaorang malas nak jalan ehhhhh~

Tiket SkyGlide:

Dewasa        : RM10
Kanak-kanak: RM7


Macam Lif

Sekejap je naik Sky Glide

Sky Bridge

Semasa tunggu turn untuk naik SkyGlide, RRjuniors dua-dua tertido. Jadi, kitaorang decide nak terus ke Kuah untuk check in Hotel. Ada dua tempat kitaorang tak sempat explore; 3D Art Langkawi dan SkryRex.

Dari Cable Car Langkawi ke Pekan Kuah mengambil masa selama lebih kurang 45 minit.

Pukul 4 petang, kitaorang check in di Pekan Kuah:

SEAVIEW HOTEL
  • RM 320 (2nights) including breakfast 
  • Double Deluxe; King Size bed
  • Large TV
  • Variety TV Channel
*** Value for money. Recommended

 
View from our balconi

DAY THREE

Woke up early. We had a quick breakfast at the hotel.
Hari ni kitaorang nak pergi naik boat kat Kilim Geopark.
Drive sendiri ke Tanjung Rhu (25minit dari Hotel)
Che Abe booking bot melalui hotel sebab malas nak pergi agensi

Total kitaorang bayar RM300 (basic package) untuk satu bot. Sesuai untuk family yang bawa anak kecik. Tapi kalau korang pergi booking kat agensi perlancongan may be dapat murah. Plus, diaorang akan pick up kat hotel.
 

Basic Package (2 jam) termasuk lah:

  • Eagle feeding
  • Hutan bakau
  • Gua Kelawar 
  • Gua Buaya
  • Laut Andaman (Tak pergi sebab RRjuniors tertido masa dalam bot)

Eagle Feeding

Gua Buaya

Rumah Terapung
Kedai Makan. Tapi kitaorang tak makan pon kat sini sebab still kenyang

Nanti ada orang bagi explaination pasal ikan dalam sangkar





Gua Kelawar

Kalau korang naik dari jeti Tanjung Rhu, korang kena bayar tiket masuk Gua Kelawar:

RM 2 (Dewasa) dan RM1 (Kanak-Kanak)
Korang akan diberi satu torch light






Kitaorang settle kat Kilim Geopark ni dalam pukul 12.30 tengah hari.
Jadi bila perut masing-masing dah berbunyi, kitaorang makan di sini:

Image: Google

Memang lupa nak ambil gambar.
Tapi Restauran ni memang patut korang try.
Korang boleh guna Waze untuk cari kedai makan ni
Location kedai makan ni berhadapan dengan Kedai Shopping Langkawi Saga kat Pekan Kuah.

Menu dia memang simple. Nasi, ulam dan ikan bawal goreng yang baru di goreng. Memang layan bila di makan masa panas dengan cicah air asam. Fuhhhhh.. Best! Ada lagi set lain yang diaorang offer. Harga memang berpatutan. Kalau nak pilih lauk lain pon ada.
Lepas habis makan tengah hari, kitaorang bawa RRjuniors pergi Wildlife Park Langkawi. Tiket Wildlife Park Langkawi berharga:

RM 24 (Dewasa)
RM 16 (Kanak-kanak dan Warga Tua)

Kalau korang nak ambil Family Package pon boleh:

Family Package 1: 
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak + 2 pek makanan haiwan = RM120

Family Package 2:
3 Dewasa + 1 Kanak-kanak + 2 pek makanan haiwan = RM136

Untuk pengetahuan korang yang belum pernah datang ke sini, kebanyakkan haiwan ditempatkan area indoor. Jadi jangan risau kalau korang pergi waktu tengah hari atau sebelah petang.




Crocodile feeding at 4 p.m


Pada sebelah malam pula, kitaorang pergi Pasar Malam kat Pekan Kuah untuk dinner.


DAY FOUR

Hari ni last day kitaorang stay kat Langkawi.
After breakfast, kitaorang pergi Dataran Lang untuk ambik gambar.
Lagi pun tempat ni dekat dengan Hotel Seaview. Hanya 5 minit je.


Kami tak de laa bershopping sakan kat sini walaupon barang-barang dapur/ pinggan mangkuk murah. Cuma kitaorang just beli coklat untuk bawa balik. Jadi Kitaorang shopping coklat dekat HIG dan SAGA je (Pekan Kuah). Macam Peppero dekat HIG, kitaorang dapat harga RM21.90. Kalau kat airport, RM25.90. Pek besar Kinder Bueno kat SAGA RM21.90. Itu dikira murah okay! Sebelum sampai ke airport, kitaorang singgah kilang minyak gamat. Beli untuk kegunaan sendiri. 

Before I end this entry, here's my original itinerary in Langkawi:

DAY ONE

11 a.m      : Arrive at the Langkawi Airport
11.30 a.m : Early Lunch at Restauran Kak Yan
12.30 p.m : Sky Cab Cable Car
                 : Explore the Oriental Village- Tiger! Tiger!/ Elephant Adventure
4.30 p.m   : Check in Hotel (Pantai Chenang)
6.30 p.m   : Chenang Beach
7 p.m        : Night Market at Chenang

DAY TWO

10 a.m      : Check out Hotel
                 : Under Water World
12 p.m      : Lunch at Seashells/ Restauran Bella
1.30 p.m   : Solat Jumaat
                 : Heading to Pekan Kuah
                 : Check in Hotel (area Pekan Kuah)
5.45 p.m   : Lagenda Langkawi dalam Taman/ Eagle Square
                 : Early dinner at Fish Farm

DAY THREE

9 a.m        : Mangrove Tour Kilim Geopark
12 p.m      : Lunch
2 p.m        : Wildlife Park
7 p.m        : Night Market for dinner

DAY FOUR

Shopping
12 p.m      : To the airport
 

RR Tips Langkawi
  • Sebaik-baiknya, plan your trip especially tempat makan. Karang tak pasal-pasal gadoh bodo dengan husband. Huhu!
  • Bawa topi/ rain coat untuk kids sebab plane landed agak jauh
  • Jangan lupa bawa termometer dan ubat in case kalau anak demam/ sakit
  • Kebanyakkan agensi perlancongan di kawasan Pantai Chenang
  • SkyCab Cable Car bukan tempat stroller-friendly. So, korang kena angkat stroller naik tangga. Sadisssss~
  • Bawa sunglasses, krim sunblock, kasut, dan selipar yang selesa
  • Compare harga bilik hotel; AGODA, BOOKING.COM, TRAVELOKA, TRIVAGO dan sebagainya sebelum membuat bayaran. Jangan lupa baca review hotel sekali okay

No comments: